<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Tuesday, April 25, 2006
I sayang U!

jiwa aku memang tak tenteram. lepas hilang satu bala, datang lagi satu bala. Jalan-jalan cuci mata, menumpukan perhatian pada akal fikiran mencari jalan penyelesaian. Sedar tak sedar habis Burgos Street aku pijak. Dari Dona Camen sampai ke San Agustin. Gile! Dah satu hal nak patah balik. Ape aku buat ni? Semak tul la kepala i, dear!

Takde mood nak hidup lagi :p

Bukan masalah besar sangat. Yang jadi besarnya bila setiap keputusan yang kita buat, kita mesti fikirkan orang lain jugak sebab kita bukan hidup sorang je dalam dunia, ada orang yang sayangkan kite dan ade orang yang kite sayang.

I Sayang U!


Posted at 02:07 pm by garryzyan
Comments (20)  

Friday, April 21, 2006
rimas!!!X

hari-hari keje mengadap skirt pendek. mula-mula sampai sini rasa seronok. lama-lama nak muntah. rimas! rimas! rimas! tapi ok sikit! dari takde langsungkan... ahahaha... 'orang disana' pun dah tau tembelang aku. memang saje aku bagitau. taklah nanti dia jadi bini aku rase tertipu. yelah belum kawen semua nampak baik. nanti dah kawen, dah terserlah semua tembelang, rase tertipu plak dia kan. aku tak nak siksa batin org, tak baik :p

anyway, dia dah tau semua tentang aku. so, takde la perkara berbangkit lepas kawen nanti ye? ehehehe... selamat dah satu beban! kalo tak sakit pala aku nyimpan :p huahuahua... pastu 'orang disana' makin banyak merapu. makin mengada, makin kuat merajuk. buat mase ni aku layankan aje :p kalau tak dilayan kecik hati plak nanti :p

aku selalu ingat 'orang disana'. ingat tentang perancangan dan mase depan kami. tapi makin hari aku nampak 'orang disana' tak serius sangat. aku risau jugak ni. takut kalau dia buat hal last minute, mampos mak aku bising. mak aku dah boring dah layan karenah aku. dah ramai perempuan aku bawak balik. semuanya mak layan. suka ke tak suka mak tetap layan. mak aku bosan layan aku punya angan-angan. nak wife mcm tu, nak wife mcm ni blablabla... mak aku kata aku kalau susah sangat kawen je dengan janda belakang rumah tu pun ok. jimat masa. anak pun ramai huwaaa... yucks! plis la ma...

 


Posted at 01:51 pm by garryzyan
Comments (3)  

Monday, April 17, 2006
ko ingat ko sorang je pening? aku pun pening gak la!

aku tensen tul baca novel baru Ahadiat Akashah tu! Aku rase nak nak sekeh je pala lutut dia pasal buat citer gitu! Sakit hati aku nih! Luluh jantung dan jiwa raga aku tau tak! hampeh la dia tu! mentang² di apenulis! Mentang² dia tulis buku dia sendiri. Mentang² dia terbitkan sendiri buku dia! Suka² dia je nak tulis cerita yang menyakitkan hati aku!

Ade ke patut!

Si Zafrin tu bercinta ngan Ujie. Pastu mak Zafrin soh dia kawen ngan Juwita. Anak kawan mak dia kononnyer. Pastu mak si Ujie plak nak soh Ujie kawen ngan Armi. Pastu dorang berdua (Zafrin n Ujie) ni takut nak cakap kat mak memasing yang dorang dah ade pilihan hati sendirik. Maklom la mak queen control. garang giler! sape tak takut mak, angkat tangan!!!

Pastu dorang pun plan dan berjanji. Dorang akan kawen ngan pilihan mak bapak masing² tapi untuk 3 hari je. So, Ujie pun kawen la ngan Armi. Zafrin pun kawen la ngan Juwita. Sepanjang 3 hari punyer citer punyelah tebal aku nak habiskan bacaan tu. *sekeh ahadiat akashah*

Ntah camne tah kan... dorang berdua ni ditakdirkan dapat pasangan yg baik arh. Juwita menerima Zafrin seadanya walaupun dorang tak penah kenal. Armi pun gitu gak, bagi mase kat Ujie untuk menerima dia sebagai suami. Tapi tah camner tergelincir. Ujir 'terprojek' dengan suami dia si Armi. Lor...

Pastu si Zafrin plak menunaikan janji menceraikan si Juwita seperti yang dorang plan seblom kawen. Tapi sayang Ujie mintak Zafrin terima jodoh masing², mintak maaf dan mohon agar Zafrin lupakan dia sebab dia nak hidup bahagia bersama suami dia si Armi.

Sementara Juwita dan tawar hati. Kecewa dipersendakan. Diceraikan ketika maish belum disentuh. Diceraikan pada hari kedua dia bergelar isteri. Zafrin? Zafrin camne? Ape yang dia dapat kerana berpegang pada janji???

Pompuan memang suke mungkir janji!!! kalo tak mampu nak tunaikan, jangan janji yang bukan²! Tak gune punye pompuan!!!


Posted at 05:28 pm by garryzyan
Comments (9)  

Thursday, April 13, 2006
rumah berhantu!

nak kata tak takut, tiou la tu! ade la jugak sikit-sikit rase takut. tapi nak kata takut sangat tu takde la pulak! tapi aku sedang cuba membiasakan diri dengan gangguan-gangguan dari jauh tu. Entity tersebut juga seperti makhluk lain yg adakalanya buat salah. Tapi entity yang ni dah buat salah reti pulak mintak maaf. mintak simpati. bodek kaw-kaw punyer dengan suara manja dan menggoda. huahuahua...

memang aku serabut melayan entity sorang tu. tiap-tiap hari bikin kaco! pagi petang siang malam. kalu dia berehat dari mengacau aku pun, aku rase tak tenteram sepanjang hari. Jantung ni dup dap dup dap berdegup. dekat-dekat maghrib je dia dah start dah jemakan diri. meletop-letop esemeses. aku pun melayan. maklumlah nak tau sangat siapakah gerangan. entity tu janji nak hantar gambar. dah hantar dah pun katanya. puas la disini menanti, gambo masih tak muncul lagi. dah hantar ke wahai entity? yelah tu!

daku malas nak desak-desak. sekali daku desak, entity boleh teresak. takut pula ada yang mengilai-ngilai sampai ke pagi hari. tu pun baru bagi sikit, entity dah tampal koyok! makan panadol sampai tertidur.

pernah jugak dulu aku bercinta. jarak dua benua. sorang disana sorang disini. syaratnya hantar gambo sebulan sekali. korang kalo terjerat dengan cinta virtual cam ni, baik korang mintak gambo dia banyak² thahaha... kalo dia la tuan punyer gambo, mesti dia banyak jenis-jenis posing dan berjuta-juta keping banyaknyer... jadi takde la masalah penyamaran.

lupakan tentang orang disana kerana orang disini dah tak larat lagi nak melayan karenah orang disana. walaupun orang disini bukanlah jenis manusia yang mudah berputus apa tapi kalau hanya sebelah pihak yang berusaha untuk menjayakan segala-galanya takleh jadi gak. orang disini sangat berduka cita sejak 2 minggu ni. orang disanabuat tak peduli. lepas mintak maaf, orang disana terus rasa dia dah takde salah. senang sungguh pesalah ni kan? lepas mintak maaf, dia anggap semuanya settle.

masalah utama orang dsiini, kalau terus bersama disana, hati disini sakit, dendam orang disini tiada taranya. sentiasa berlegar diingatan tentang penghinaan yang orang disana telah taburkan. tapi kalau orang disini tinggalkan orang disana, orang disini sakit. orang disini terpaksa menanggung rindu yang entah berapa lama baru dapat dipulihkan semula.

mentang-mentang orang disini sayang sangat dengan orang disana, orang disana buat main-main je. orang disana sekarang dah banyak berahsia. bila orang disini nak tau, orang disana kata itu hal peribadi dia dan mintak orang disini bagi orang disana privacy sikit. sedangkan orang disini dilarang sama sekali untuk berahsia tentang apa-apa jua sekalipun.

susah... memamg susah!


Posted at 09:35 am by garryzyan
Comments (7)  

Friday, April 07, 2006
pantang datuk nenek aku!

malas aku nak layan orang yang main²kan aku mase aku tengah serious. malas aku nak layan orang yang buat bergurau bila aku tengah takde mood nak layan lawak bodo dia. malas aku nak layan orang yg dah jatuhkan maruah aku. aku bukan manusia yang punyai kesabaran untuk biarkan dan tersenyum dengan apa yang berlaku. kalo dah gatal sangat, layankan ajelah! jangan libatkan aku dengan kegatalan tu. aku geli!

aku tak nak sakitkan hati dia. aku sayang dia cam dia sayang aku gak (kalo dia sayang la). tapi sebenarnya aku sayangkan dia lebih dari yang dia tau. aku bukan tak nak bagitau tapi takda kata-kata yang dapat menggambarkan sayang aku yang seluas lautan tu (teringat qiu haidar yg poyo tu). tapi semalam dia buat satu benda kecik (dia anggap kecik) tapi sangat merobek, menyiat², mencakar² hati aku. aku kecik hati abis. aku dah luahkan semuanya pada dia. aku dah cakap yg aku rasa terhina, rasa kecewa, rasa cam orang paling selenge dlm dunia, tapi dia anggap tu perkara biasa dan nampaknya banyak kesalahan dia pulangkan kat aku balik.

aku akan lepaskan dia kalau dia rasa tak selesa dan terkongkong dengan sifat cemburu aku. tapi aku rasa cemburu aku bukan cemburu buta² bukan cemburu yang tak tentu hala. aku tau limit aku untuk cemburu dan aku yakin dgn had² cemburu yang aku sendiri tetapkan. tapi dia tak paham. dia memang tak paham. buktinya, kesalahan tu berbalik pada aku. aku malas nak bertekak pasal perkara bodoh yang tak penting sebab banyak lagi benda lain aku nak fikir. so, dear... everything is in your hands.........


Posted at 12:56 pm by garryzyan
Comments (4)  

Tuesday, April 04, 2006
hepi besdei Fahmi!

today's my birthday. n happy birthday to you too Fahmi. Fahmi tu twin aku. tapi dia dah meninggal mase umur kami 5 tahun. dari kecik dia kurang sihat, kurang sel darah putih, degupan jantung pun slow tak active. i missed him so much. aku kenal dia tak lama. tapi sape yg ade twin akan faham betapa aku rase dekat sangat dengan dia. kebanyakkan twin akan kematian abang atau kakak. tapi aku kehilangan adik.

sepatutnya aku hepi setiap kali hari ulangtahun kami tiba. tapi setiap kali hari jadi aku tiba, aku akan rase takde mood nak menyambut atau menerima wish. anyway, 'orang disana' menyanyikan lagu hepi besdei kat aku kul 12 malam tadik ketika aku lalok ngantok, reply msg dia pon main hentam je naip huahuahua...

mak aku pun turut akan bersedih setiap kali besdei aku tiba sebab dia teringatkan Fahmi. Kalo ko ade skarang ni, kita dah 30 tahun, Fahmi. Mungkin ko dah kawen, aku plak ade adik ipar hahaha... dan ko bakal dapat akak ipor huahuahua...

mulai dari hari ni aku kena bangun awal untuk kejar breakfast huahuahua... sebab tempat ni je yg menjaminkan makanan halal untuk aku sorang thahaha... kalo aku makan kat luar, tak tau la ape nasib aku :( hari ni seorang senior engineer akan bawak aku melawat kawasan persekitaran. Nama dia Julie. Hmm... Julie! Adui jangan la perempuan tua! huahuahua... Senior Engineer mane ade yang muda huahuahua... ok sambung nanti selepas segalanya berakhir.


Posted at 08:10 am by garryzyan
Comments (6)  

Monday, April 03, 2006
whoa! long time no see haa!!!

my second day in manila. huahuahua... i missed my mom! i missed my eric! missed my boboi! missed my everything! missed 'orang disana'. Sepanjang perjalanan dari Paseo Roxas, Makati Avenue dan Ayala Avenue, ade satu tempat yg buat hati aku tambah rindu teringat rumah. Ayala Triangle tu tempat orang dating. Memang tension la kalo kerinduan pastu lalu plak kat kawasan tu. huhuhu padan muke!

Aku dicampak di makati Prime Towers Suites berdekatan dengan Mercado Street dimana aku boleh tengok pompuan² seksi yang tonggek² thehehe... area Valdis Street tu ade satu International School yg menempatkan anak² duta negara luar skolah kat situ. Believe it or not! Bebudak skolah dia yg pompuan tu benonyer umor baru 15-16 tahun tapi nampak cam orang dewasa. Nampak cam pompuan umor 23-25 tahun. Mantol. Montok! Subur sungguh mereka wakakakaka!!!

Malam ni last day Fez n his wife kat sini. Lepas ni aku tinggal sorang. Entah sampai bila. Entah mcm mana hidup aku kat sini nanti. Aku ada kawan. Ada la 3-4 orang Malay. Tapi semua dah kahwin, so waktu malam banyak habiskan masa dengan isteri n anak². Aku? Aku selenge la sorang². Nak keluar pun campur mamat bujang yg bukan beragama islam. Faham² la budak bukan melayu ni. Enjoy bermakna 'mabok'! so, adakah aku harus 'enjoy' seperti mereka? huahuahua...

mama mesti sumpah aku punye kalo dia tau hehehe... tapi mama tak kan tau kan? tapi Tuhan tau! aduh! Dosa! Dosa! letih takutkan dosa ni! Harap² aku masuk syurga bila semua yang terlarang aku takut dan tak berani langsung nak buat yehaaa!!! Nak naik la. Sini dah sunyi la. Takut kene bontot lak ngan pak guard. pak guard sini badan tegap cam bonzer nite club kat Malaysia huahuahua takut! Sambung esok! Bye!


Posted at 06:22 pm by garryzyan
Make a comment  

Tuesday, March 21, 2006
F1

tiket free dari team Maskargo telah dimanfaatkan olehku. Aku tau mesti fez golek² tak dapat pegi tengok abang kesayangan dia racing kat sepang pasal dia kene pegi Manila huahuahua... rasekan ko fez. syok gak sekali sekala nampak muka tension ko huahuahua...

Friday tak pegi coz malas nak tengok intro. Lagipun banyak keje lain lagi nak buat. Tak la rase rugi sangat pasal bukan tiket bayar sendiri huahuahua... Sabtu pegi ngan budak-budak opis. Ahad pegi ngan team Maskargo coz Shazwani & Molly duty berat kat sana dibawah panahan cahaya matahari yg sangat terik. kasi dorang itam sikit huahuahua...

Jalan nak masuk parking memang jem seperti yang dijangkakan. Molly bagi sticker parking $50 (juga diberi dengan percuma) kat PA3. Jauh gak kene jalan kaki walaupun sticker tu $50. hampeh! nasib baik tak kene beli sendiri. Ala... daripada ada yang park kat tepi jalan jauh gile nak masuk SIC tu. gile! dengan panas terik!

Sedang aku berseronok dengan F1 kegilaan ramai orang tu. Rupanya 'orang disana' datang KL. Alamak! Aku ajak datang hari sabtu, dia tak nak! Tiba-tiba muncul plak! Mak aku plak baru balik dari Kedah. Pastu layan Mak Usu aku baru balik dari Madagascar. Ape aje la dia buat kat pulau negro kurus kering tu. Pastu tido kat Allson Klana. Pagi ahad hantar mak gi Damansara. patah balik sepang demi F1 tercinta. Harap tahun depan ko sponsor tiket lam bilik ekon tu plak ye Shaz! huahuahua...

Melihatkan Akim dah seluar katoknya bersama awek Malay bertudung litup yang sungguh ayu lagi kelihatan suci huahuahua... camne la awek tu nak kat apek tak semenggah cam Akim tu. Kelihatan bahagia sekali mereka ehehehehe... Terus teringat kat 'orang disana' yang berada di cheras kalo tak silap aku umah mak andak dia. Alahai... serba salah la malas la nak citer!!!


Posted at 08:52 am by garryzyan
Comments (11)  

Thursday, March 16, 2006
tak terbalas olehku dek kedegilanmu :p

Degilnye!

Degilnye!

Degilnye!

Degilnye!

Degilnye!

Degilnye!

Degilnye!

Degilnye!

Degilnye!

Degilnye!

Degilnye!

Degilnye!

Degilnye!

Apsal tah degil sangat...

 

Ade la anak orang sebelah rumah mak aku tu (kira jiran mak aku punye jiran sebelah lagi la) Aku pun tak ingat sangat nama dia. Sape tah agaknye.

Ade ke dia pegi mandi, pastu dah siap kuar bilik air berkemban pastu bapak dia nampak.

Nak kata anak dara sunti, tak sunti sangat la. Tapi anak dara lagi la kan.

Bile orang tengut "tak elok la dik, berkemban cam tu ayah nampak, walaupun ayah kandung sendiri" ade ke dia melenting.

Dia kate "yelah, lepas ni orang lepas mandi tutup bungkus satu body, biar tinggal nampak mate je lepas tu baru lalu depan ayah, puas hati???" camtu dia jawab!!!

Isk! Isk! Isk!

Takdelah aku marah sangat. Saje tegur jelah kan. Dah besar panjang berbulu katu gi berkemban depan si bapak tu. Konon seksi la tu!

Tegur sikit marah plak tu. Isk! Isk! Isk!


Posted at 03:05 pm by garryzyan
Comments (18)  

Wednesday, March 15, 2006
semalam yang takde mood!

Bukan senang nak makan pasta bersama bebola daging disaluti rempah ratus brahim’s. Aku kene potong tomato, buat air oren dan susun pinggan sebelum dapat rasa pasta cubaan fara tu. Akhirnya 2 pinggan aku bedal. Huahuahua sekian terima kasih!

 

Seperti biasa lepas balik rumah, mandi, keluar ambik baju kat dobi, aku mula ligat ber’esemeses’ dengan ‘orang disana’. ‘orang disana’ mengadu lapor dari siang tadi tak makan. Aku makin selera makan kalo takde mood. Pagi kene nasi lemak ngan sambal sotong, tenghari kena ikan baker (telah dipow oleh fez) malam kena 2 pinggan pasta. Cantek! Terhias cantik perot aku ngan pelbagai juadah huahuahua…

 

Tentang permasalahan aku, aku bior dulu. Aku buat tak tau je cam takde ape-ape berlaku. Buat bodo! Buat bodo! Buat bodo!

 

Selasa depan gi mexico lagi! Cis! Tak gune punye bos!


Posted at 07:20 am by garryzyan
Comments (5)  

Next Page